Platform PBD untuk Guru Malaysia
Sistem Rekod PBD & Perkembangan Murid untuk Guru
Rekod sekali. Guna sampai selesai.
Rekod Standard Pembelajaran, pantau perkembangan murid, analisis PBD, jana laporan dan gunakan semula rekod yang sama untuk membantu pengisian SPPBS/MOEIS — tanpa menaip maklumat yang sama berulang kali.
Selamat Kembali
Log masuk ke dashboard guru anda dan mula rekod perkembangan murid.
Menyemak status log masuk...
Kurangkan kerja berulang.
Guru tidak perlu memasukkan maklumat pentaksiran yang sama berulang kali di peringkat berbeza. Satu rekod PBD yang tersusun dalam RPM terus digunakan untuk memantau, menganalisis, menjana laporan, dan membantu pengisian SPPBS/MOEIS.
Satu Alur Kerja
Rekod sekali, gunakan sepanjang proses — bukan sistem berasingan untuk setiap langkah.
Rekod PBD
Pantau Standard Pembelajaran
Analisis Perkembangan
Laporan
Bantu Pengisian SPPBS/MOEIS
Ciri Utama
Rekod Standard Pembelajaran
Rekod Tahap Penguasaan (TP) murid secara digital, Ringkas atau Terperinci.
Analitik Kelas
Analitik kelas & perbandingan prestasi murid sekilas pandang.
Analisis AI
Ulasan & cadangan tindakan automatik berdasarkan rekod sedia ada.
Penilaian Pukal
Tandakan ramai murid sekali gus untuk jimatkan masa guru.
Laporan Excel & PDF
Jana laporan perkembangan murid terus daripada rekod PBD.
Auto-Isi MOEIS SPPB
Pindahkan TP murid dari RPM terus ke borang SPPB MOEIS secara automatik.
Lihat RPM dalam Tindakan
Lihat bagaimana RPM membantu guru mengurus kelas, Standard Pembelajaran dan perkembangan murid dalam satu paparan yang tersusun.

Untuk Siapa RPM?
Harga
Mulakan percuma. Naik taraf bila perlu.
Percuma
RM0/ selama-lamanya
Mulakan tanpa bayaran
- 2 kelas aktif
- Semua fungsi rekod PBD
- Eksport Excel & PDF
Premium
RM40/ setahun
Akses lebih banyak kelas
- Kelas tanpa had
- Semua fungsi Percuma
- Tanpa iklan
Soalan Lazim
Apakah itu RPM?
Rekod Perkembangan Murid (RPM) ialah sistem digital untuk guru merekod Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), memantau Standard Pembelajaran, dan menganalisis perkembangan murid dalam satu tempat.
Siapa yang sesuai menggunakan RPM?
Guru di Sekolah Rendah, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah, PPKI dan Prasekolah yang perlu merekod PBD dan Standard Pembelajaran murid.
Bolehkah RPM digunakan untuk PBD?
Ya. RPM direka khusus untuk merekod Tahap Penguasaan (TP) murid mengikut Standard Pembelajaran, sama ada mod Ringkas atau Terperinci.
Apakah maksud "Rekod sekali. Guna sampai selesai."?
Rekod PBD yang anda masukkan sekali digunakan semula sepanjang alur kerja — untuk memantau SP, menganalisis perkembangan murid, menjana laporan, dan membantu pengisian SPPBS/MOEIS — tanpa perlu merekod semula maklumat yang sama.
Bagaimana RPM membantu proses SPPBS/MOEIS?
RPM membantu memindahkan Tahap Penguasaan (TP) murid yang telah direkod terus ke borang SPPB MOEIS secara automatik, memendekkan masa penaipan manual. RPM bukan integrasi rasmi KPM/MOEIS.
Adakah pelan percuma tersedia?
Ya. Setiap guru boleh menggunakan RPM secara percuma untuk sehingga 2 kelas aktif dengan akses penuh kepada fungsi rekod PBD.
Bagaimana guru log masuk?
Log masuk menggunakan akaun Google rasmi guru (@moe-dl.edu.my) sahaja.
Mula rekod PBD dengan lebih tersusun
Percuma untuk 2 kelas. Log masuk dengan akaun Google guru anda.
Log Masuk dengan Google